Terang benderang cahaya bulan di malam hari, barangkali bulan juga gembira menyambut ketibaan ramadhan yang dinanti oleh seluruh umat islam yang beriman. Perasaan Jamilah bercampur gaul, ada suka dan ada duka. Duka barangkali kerana terpaksa berpuasa di perantauan tidak lagi bersama ibu tercinta. Suka kerana penghulu segala bulan telah membuka tirai kerahmatan memberi kesempatan hamba yang hina melakukan ibadat di bulan penuh baraqah ini. Jamilah bersyukur dia masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup untuk menikmati bulan tarbiah ini tetapi siapa tahu adakah mampu dia melalui sepanjang bulan ramadhan ini hingga akhir atau nikmat kehidupan ini akan diambil kembali. Dia insaf sebagai seorang hamba dia harus bersedia setiap masa untuk menghadapi kematian yang pasti. Namun air mata gadis sunti ini seolah ingin mengalir apabila mengenangkan amalan yang dilakukan olehnya selama ini adakah diterima disisi Allah atau sebaliknya.
"Jamilah belajar sungguh-sungguh tau, mak akan selalu doakan" Jamilah masih ingat pesanan wanita yang amat disayanginya itu. Wanita yang terlalu berjasa dalam hidupnya, terlalu mengambil berat tentang dirinya. Jamilah tidak dapat bayangkan betapa dia amat memerlukan wanita ini dalam setiap waktu dalam hidupnya. Hanya tuhan saja yang bisa membalas jasa seorang wanita yang bergelar ibu ini.
Jamilah tahu ibunya seorang yang bersemangat dalam meneruskan hidup, walau diuji, dia tetap tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Jamilah masih ingat saat dia diserang demam panas, ibunya tidak tidur kerana bimbangkan kesihatan anak gadisnya yang tercinta. Mata ibu tua ini tidak lelap walau sesaat kerana khuatir akan anaknya . Tangan keras ibu inilah yang sentiasa setia mengurut-ngurut tubuh Jamilah. Jamilah tahu bahawa ibunya amat mennyayanginya. Demi menyekolahkan Jamilah ibunya sanggup mengerah keringat pagi dan petang untuk membesarkan anak-anak. Saat ayam masih lena diulit mimpi ibu bangun seawal pagi menyelusuri pepohon getah untuk mencari rezki yang halal. Petangnya pula ibu ke sawah melihat padi yang menghijau membuatkan ibu tenang walau sebenarnya banyak bebanan yang terpikul di bahu ibu.
Dari tadi lagi Jamilah perasan ada sepasang mata nakal sedang memerhatinya dari jauh. Namun dia cuba mengawal dan buat-buat tidak perasan. Barangkali Suraya teman sekuliahnya perasaan jelingan nakal dari lelaki tersebut , namun Jamilah buat-buat tak tahu. Kerana baginya biarlah impian ibunya dia penuhi barulah kehendak diri dituruti. Jamilah bukan menafikan perasaan yang wujud dalam jiwanya namun dia perlu berhati-hati dalam memilih pasangan agar dia tidak silap membuat pilihan.
"Jamilah kau perasan tak tadi? Si Roslan tu asyik pandang kau aje…" soal Suraya.
" kau ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia ke?" bertalu soalan yang diberikan oleh Suraya kepada Jamilah.
Jamilah hanya tersengeh.
"kau ni memang macam ni, kalau aku tanya bukan nak jawab." Suraya mula merajuk dan sebenarnya dia minta dipujuk.
"kalau aku ada apa-apa dengan Roslan kacak tu, kaulah orang pertama yang akan aku bagitahu, tau. Dah lah dah tua bangka pun nak kena pujuk. Jom masuk kelas." Jelas Jamilah membuat Suraya tersegeh.
Kehadapan saudari Jamilah,
Maaf andai warkah ini mengangu saudari, namun saya terpaksa jua menulis luahan hati ini agar Jamilah tahu bahawa saya benar-benar ikhlas untuk mengenali Jamilah. Sudah lama saya menkagumi Jamilah, jika dulu saya hanya pemerhati dan tidak berani meluahkan perasaan, namun tiba-tiba keberanian itu datang untuk meluahkan apa yang tersimpan di dasar hati.
Saya benar-benar ikhlas untuk mengenali Jamilah, bukan kerana nafsu tapi saya rasa, ini adalah masa yang sesuai untuk saya mencari bakal isteri. Dan saya rasa awaklah insan yang paling sesuai untuk saya tahtakan di sudut hati sebagai isteri dan mendidik anak-anak saya nanti.
Saya tahu, saya tidak membuat pilihan yang silap. Saya amat berharap impian mrni saya ini sudilah Jamilah penuhi.
roslan
"Macamne, kau nak terima tak?" Tanya suraya selepas membaca surat yang diberikan oleh Roslan kepada Jamilah.
"aku rasa baik kau terima, lagipun budak Roslan tu baik budaknya, lagipun aku rasa dia macam ikhlas aje" terang Suraya tanpa diminta.
"banyak perkara aku kena fikirkan…" jawab Jamilah Ringkas.
"apa yang kau nak fikirkan, kahwin aje senang… si Roslan tu anak orang kaya nanti kau juga yang senang."
"itulah yang aku fikirkan, orang susah dan orang senang pemikiran tak sama, aku rasa… aku dan dia tak sekufu. Biarlah dia cari gadis yag lebih sesuai dan setanding dengan dirinya." Luah Jamilah.
"aku juga mengaku yang aku… sukakan Roslan sebagai seorang kawan tapi hatiku masih tidak mampu untuk menerima cinta seorang lelaki walaupun yang pasti diri ini meronta-ronta untuk mencari teman hati. Aku tahu, aku masih kuat untuk bermujahadah melawan nafsu yang mula menyerang ganas di dalam jiwanku, namun aku tak nak menodai janji yang telah aku patri dengan ibuku, kasih dan sayang ibu…,"mata Jamilah mula menakung air mata.
"siapa yang suruh kau menafikan kasih kau pada ibu kau?"
"Tapi rialitinya apabila aku berkahwin dan bergelar isteri orang kasih aku terbahagi dua. Aku tak sanggup. Cuba kau bayangkan ibu berikan aku sepenuh kasih sayang. Walaupun banyak lamaran dari sahabat ayah untuk memperisterikan ibu, namun ibu menolak kerana nak besarkan aku dengan penuh kasih sayang.:" manik-manik halus sudah mengalir di pipi gebu gadis hitam manis ini.
"aku hanya beri pendapat, aku tak paksa kau.. kau fikirlah baik-baik, aku sebagai kawan nak tengok kau bahagia." Jelas Suraya lantas memeluk Jamilah.
" terima kasih Suraya sebab memahami aku.
@@@@@@@@@@@@@
Sudah lama anak gadis kesayangannya tidak pulang ke kampong barangkali sibuk dengan pelajaran. Mak Tijah mengurut-ngurut kakinya barangkali lenguh setelah seharian berhempas pulas mencari rezeki. Puas sudah dipujuk oleh Jamilah supaya Mak Tijah berehat namun masih jua tidak diendahkan. Lagipun Jamilah mendapat JPA. Dapatlah dia mengurangkan bebanan ibunya.
Jamilah pernah berjanji pada Mak Tijah bahawa dia akan mengubah hidup keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh. Mak Tijah masih ingat dengan jelas segala janji-janji Jamilah dan dia percaya pada anaknya itu.
Jamilah merupakan seorang anak yang baik dan rajin. Sejak kecil dia memahami kesusahan hidup yang ditanggung ibunya. Susah senang Jamilah dan ibunya bersama.
Kehidupan yang dilalui bersama-sama menyebabkan mereka sukar untuk dipisahkan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"maafkan saya Roslan, saya tahu awak seorang lelaki yang baik. Namun saya ada tanggungjawab yang lebih besar yang harus saya lunaskan terlebih dahulu" jelas Jamilah dengan sopan dan lemah lembut, Roslan hanya mendengar bicara dari gadis yang dipujanya adakah berita baik atau sebaliknya.
"awak dah punyai pilihan hati… berterus teranglah Jamilah jangan buat saya terseksa"
Desak Roslan.
Suraya hanya mampu mendengar segala bicara dari dua orang insan yang sebenarnaya saling sayang menyayangi.
"memang hati saya sudah sepenuhnya dimiliki… saya tak mampu untuk menduakan kasih saya pada ibu saya. Saya takut karana terlalu mencintai awak saya akan lupa pada ibu saya"
" saya berjanji tidak akan merampas awak dari ibu awak. Namun berikan saya kesempatan untuk mendapat cinta dari awak." Rayu Roslan.
"saya pernah berjanji pada ibu saya yang saya akan merubah hidup keluarga kami. Biarlah saya bina hidup saya dahulu dan andai kita ada jodoh… insyaallah."
"adakah keputusan awak muktamat…. awak tak rasa awak terlalu mementingkan diri awak dan tidak menghiraukan perasaan orang lain….?" Tanya Roslan dengan perasaan hampa.
"jika awak masih mampu menungu awak tunggulah dan andai awak sudah ada pilihan lain… saya redha." Jamilah mengakhiri perbualan mereka dengan sekuntum senyuman dan salam.
Siapa tahu hati Jamilah,air matanya mengalir saat dia mengadu halnya kepada tuhan pencipta alam. Hanya tuhan yang tahu perasaannya, namun Jamilah redha dengan apa yang berlaku. Dia sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik untuknya di dunia dan akhirat. Biar apapun persepsi Roslan kepadanya dia puas kerana mampu menjaga prinsip serta janji pada ibu tercintaya. Birlah Roslan berhenti berharap padanya. Biarlah dia lupakan seketika waktu perasaan itu walaupun sebenarnya sesuatu yang sukar. Namun sebenarnya Jamilah sendiri keliru apakah perasaannya yang sebenar. Adakah kerana sunyi, simpati atau cinta..
Mata Jamilah masih sukar untuk tidur, entah mengapa perasaannya terasa sebak dan sedih apabila mengenangkan kenangan silam yang telah dilalui bersama bonda tercinta. Sukar untuk Jamilah gambarkan betapa dia amat terhutang budi pada wanita seorang itu. Jamilah masih ingat saat ayahnya masih ada, walaupun ayah saat itu seorang lelaki yang sudah tidak berdaya namun kasih ibu tidak pernah berubah. Layanan ibu seperti dulu tidak pernah ada kurangnya. Jamilah sendiri amat mengkagumi kejujuran dan kesetiaan ibunya.
"Jah maafkan abang… sebab menyusahkan Jah. Sepatutnya abanglah sebagai seorang suami yang menyara keluarga kita…" Jamilah masih ingat saat itu mata ayah berkaca.
"abang Jah redha… barangkali inilah ujian dan cabaran yang diberikan kepada kita. Jah tak pernah menyesal bang… malah Jah bangga bersuamikan abang " ibu menciun tangan ayah….
Ah! indah sungguh andai saat itu, bisakah lagi ia diulangi… Namun segalanya hanyalah memori yang harus Jamilah terima sebagai memori yang terindah dalam hidupnya.
Bertahun-tahun berada di universiti bergelumang dengan buku dan ilmu, namun dada masih terasa kosong kerana terasa masih terlalu kerdil dan jahil. Masih terlalu banyak lagi buku yang masih belum dikaji. Alhamdulillah impiannya untuk menjadi seorang pensyarah akhirnya tercapai jua…
Jerih perih ibu terasa berbayar kerana mampu menghadiahkan kepada ibu kejayaan dan merialisasikan impian ibu. Jamilah benar-benar gembira.
"Jamilah mak ada nak cakap sesuatu dengan Jamilah"Tanya ibu selepas selesai makan malam.
"Cakaplah ibu…kenapa ada orang masuk meminang ibu ye…" Jamilah cuba berlawak.
"eh Jamilah ni ke situ pulak.. bukan ibu tapi Jamilah. Awak tu bukan muda lagi dah 26 tahun… mak dah tak sabar nak menimang cucu ni." Jelas ibunya membutkan Jamilah serba salah.
"ibu… bukan Jamilah tak nak kahwin tapi masih belum ada calon yang sesuai. Jamilah tak nak terburu-buru." Jelas Jamilah.
" itulah yang ibu nak berbincang dengan anak mak ni… pak Leman kau datang tadi," lantas ibu berjalan menuju ke dalam bilik dan keluar membawa sebentuk cincin.
" Pak Leman kau datang tadi… dia berhajat nak jadikankan kita satu keluarga" mata mak Tijah tepat memandang wajah Jamilah.
" Jamilah tak kisah ibu… baik untuk ibu, baiklah buat Jamilah" lantas Jamilah memeluk tubuh tua ibunya dengan penuh kasih sayang. Jamilah pun tidak tahu kenapa begitu mudah menerima sahaja
" ibu masihkah lagi Jamilah berkesempatan memeluk ibu begini… selepas Jamilah bergelar isteri orang." Hati jamilah berbisik.
Jamilah dapat melihat mata ibunya berkaca, barangkali hatinya jua sedih atau barangkali gembira.
Jamilah tidak pernah bertanya siapakah bakal suaminya, yang pasti dia tahu pilihan ibunya adalah yang terbaik untuknya. Biarlah cinta untuk lelaki yang bakal ditahtakan di sudut hati itu berlangsung selepas termeterainya ikatan suci.
Aku tidak mampu menipu perasaanku ini,
Debar jantungku menanti,
Siapakah yang bakal ku nobat sebagai suami,
Menyeri laman hatiku ini,
Peneman saat sunyi,
Dalam aku termenung malam ini,
Aku terfikir,
Siapakah yang bakal ku nobat sebagai suami,
Menjadi tuan di mahligai hati,
Rakan kongsi saat susah senang dalam hidup ini,
Ya Allah,
Segalanya aku pasrah padamu,
Aku tahu ,
Kau lebih mengetahui segalanya,
Yang terbaik untukku.
Ya Allah,
Berikanlah aku seorang suami,
Yang mampu mendidik ku,
Jua anak-anakku,
Untuk lebih mengenalimu,
Biarlah Allah yang menentukan jodoh kita,
Duhai lelaki yang bakal ku nobat sebagai suami,
Ketahuilah,
Tuhan telah merancang yang terbaik untuk kita,
Sabarlah menunggu diiring doa agar kita akhirnya bersatu.
Amin.
Saat hari bahagia Jamilah sudah tiba. Debar hati Jamilah hanya tuhan saja yang tahu. Ramai saudara mara dan jiran tetangga masuk ke kamar peraduan pengantin untuk untuk mengucapkan tahniah. Jamilah kelihatan amat manis dengan berjubah pink dihiasi manik-manik yang cantik bersama sulaman yang kemas di bahagian tangan. Jamilah tahu walau apapun situasi, islam harus dijunjung dan di pertahankan.
Jamilah dapat melihat wajah ibunya yang gembira yang pastinya membuatkan hati Jamilah jua berbunga riang .
"pengantin lelaki dah sampai…" kedengaran ada suara yang menjerit dari ruang tamu. Hati Jamilah berdebar untuk menatap wajah seorang lelaki yang bakal ditahtakan sebagai seorang suami.
Tanpa Jamilah sedari pengantin lelaki sudah berada di muka pintu. Jamilah tidak mampu mengangkat muka kerana perasaan malu menguasai diri.
" Alhamdulillah Allah telah mentakdirkan untuk kita bersama… mungkin inilah yang terbaik untuk kita" Roslan meluahkan kata selepas disatukan dengan wanita yang telah bertahun-tahun dicintainya.
"Roslan…" hanya perkataan itu yang keluar dari bibir Jamilah, selepas mendongakkan wajahnya.
Majlis berlangsung dengan rancaknya walaupun ada di kalangan tetamu kebinggungan dengan drama yang berlaku tadi.
"ke mana Roslan…. Er abang pergi selama ini? Tanya Jamilah selepas lama terdiam kerana Jamilah masih malu-malu.
mata Roslan merenung tajam kearah Jamilah membuatkan Jamilah bertambah malu.
"sebenarnya abang membawa diri sebab sayang tolak lamaran abang, abang dapat tawaran ke mesir dan abang terima namun cinta abang pada Jamilah tak pernah padam. Sampailah abang pulang dan abang cari Jamilah". Jelas Roslan sambil tangan Roslan mengusap lembut rambut isteri kekasih hatinya dengan penuh kasih sayang. Jamilah terlalu gembira..
Inilah hikmah yang tersembunyi dengan dugaan hidup yang tuhan berikan. Hakikat hidup kadang-kadang ada pahit dan kadang-kadang ada manis.
Seminggu bergelar isteri orang, Jamilah amat bersyukur dengan kurniaan dari Allah kerana telah memberikan kepadanya seorang suami yang bertanggungjawab.
"abang duduk dulu ye… biar sayang pergi panggil ibu" pinta Jamilah dari suaminya Roslan. Roslan hanya mengangguk diiringi dengan senyuman.
Lantas Jamilah melangkah masuk ke bilik ibunya yang dikasihi.. namun kelihatan ibunya tertidur di dalam telekung kain sembahyang. Jarang sekali ibunya tidur pada waktu pagi, biasanya ibunya akan mengaji Al-quran pada waktu pagi sebelum sarapan.
"ibu bangun… ibu…." Namun ibunya tidak sedikitpun memberikan riaksi.
Jamilah terus mencuba berulang kali namun tidak jua ibunya memberi sebarang riaksi. Namun di tangan ibu terselit sekeping surat…
Assalamualaikum….
Sayangku,
Terima kasih kerana telah menjadi anak ibu yang baik dan tidak pernah melukai hati ibu. Ibu bersyukur kerana mempunyai anak sepaerti Jamialh. Jamilah seorang gadis yang tahu menjaga maruah walaupun ibu tidak pernah mengongkong namun Jamilah sentiasa mengingati janji dan amanah yang ibu berikan dan patrikan dalam diri Jamilah. Maafkan ibu sayang, barangkali ibu bukanlah seorang ibu yang baik untukmu. Namun ibu telah cuba sedaya upaya ibu untuk membesarkanmu dengan penuh kasih sayang. Maaf andai ada kekurangan di matamu, hanya itu yang ibu mampu lakukan. Ibu bahagia melihat kebahagian jamilah.
Ibu kagum melihat keteguhan dan kekuatan hati Jamilah sebagai seorang anak yatim yang hidup dengan penuh kemiskinan. Namun Jamilah telah membuktikan segalanya… kemiskinan bukan halangan untuk berjaya.
Sayang,
Hormatilah suamimu dan sayangilh dia walau apapun yang berlaku, terimalah kelemahan dan syukurilah segala kelebihan yang dimiliki. Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Roslan memang seorabg lelaki yabg baik…
4 tahun bukan jangka masa yang singkat, namun dia sanggup menunggu…
Syukurilah nikmat cinta yang Allah beri ini slagi ada kesempatan dengan kadar yang dibenarkan dalam islam. Kerana kita akan merasa betapa indaknya hikmah yang tersembunyi di sebalik suruhan dan larangannya……
Ibu kaulah insan yang amat ku sayangi. Kasih sayangmu tiada ganti…
Hanya tuhan saja yang bisa membalas sagala pengorbananmu… Alfatihah buat ayah dan ibu…